Monyet selamba makan mi segera pedas, netizen pula risau takut sakit perut

Oleh KIM SYAZIE

Satu rakaman memaparkan seekor monyet yang sedang menikmati mi segera tular di media sosial baru-baru ini.

Didapatkan dengan hasil mencuri, gelagat haiwan itu menarik perhatian kerana terlihat selamba menyantap makanan tersebut.

Bukan biasa-biasa, mi yang dipilih monyet tersebut merupakan antara makanan yang terpedas terjual di pasaran.

Situasi yang mengundang gelak tawa itu dimuat naik oleh seorang lelaki di laman media sosial TikTok miliknya.

“Siapa punya member ni, kutip jap,” tulis kapsyen video yang telah mendapat 1.5 juta tontonan itu.

Rata-rata pengguna media sosial meluahkan kerisauan mereka akan masalah kesihatan yang bakal dihadapi oleh haiwan itu.

Baca Artikel Penuh