MP sokong Ismail tiba di istana bagi menghadap Agong

Oleh KIM SYAZIE

Sebahagian dari Ahli-ahli Parlimen Umno telah tiba di Istana Negara hari ini dengan menaiki bas bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong.

Mereka dilihat memasuki perkarangan istana pada jam 10.35 pagi.

Turut dilihat, Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Razak, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa.

Sesi menghadap pagi ini dipercayai bagi mengesahkan sokongan mereka terhadap Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri.

Dilaporkan, Ismail kini memperoleh 114 sokongan Ahli-ahli Parlimen untuk membentuk kerajaan selepas Tan Sri Mahiaddin Md Yasin meletakkan jawatan.