Muat naik kenyataan sokong Palestin, pemain bola sepak dihukum penjara 8 bulan

Oleh WAN SITI AMINAH

Siapa sangka, seorang pemain bola sepak dijatuhkan hukuman penjara lapan bulan hanya kerana menunjukkan sokongannya terhadap rakyat Palestin.

Tidak cukup dengan itu, pemain asal Algeria yang dikenali ramai sebagai Youcef Atal itu turut diarahkan mahkamah untuk membayar denda bernilai lebih dari RM200,000.

Hukuman dijatuhkan selepas Atal yang mewakili kelab Perancis Ligue 1, Nice didapati bersalah memuat naik kandungan berunsur ‘kebencian’ di akaun Instagram miliknya.

Menerusi hantaran tersebut, Atal berkongsi rakaman ceramah pendakwah Palestin yang dikatakan telah mendoakan agar musibah diturunkan kepada bangsa Yahudi.

Atal kemudian menerima kecaman hebat daripada rakyat Perancis sebelum pemain berusia 27 tahun itu dikenakan hukuman gantung oleh kelab bola sepak diwakilinya.

Meskipun hantaran pada Oktober lalu itu terus dipadam setelah ia tular, mahkamah Nice tetap memutuskan untuk memberikan hukuman berat terhadap atlet berkenaan.

Baca Artikel Penuh