“Mungkin rezeki kita kat syurga” -Izzue Islam dah lali disoal mengenai anak, gembira hidup berdua

Oleh MAISARAH AISYA

Siapa sahaja yang tak sedih bila sering disoal mengenai anak, apatah lagi sudah mencuba segala rawatan demi cahaya mata.

Seharusnya orang sekeliling perlu lebih sensitif dan mendoakan bukannya tak habis menyoal tentang rezeki Allah SWT.

Buat pelakon dan pengacara Izzue Islam, dia sudah lali akan soal mengenai zuriat dan memilih sikap untuk elak menjawab soalnya.

“Biasanya saya akan okay sahaja, cumanya saya dah pandai elak. Daripada pergi jumpa dengan orang macam ini, lebih baik saya elak terus.

“Kami seronok hidup berdua, sebab benda inikan (zuriat) rezeki kalau Allah tak bagi tu mungkin rezeki kita nanti dekat syurga, Insyaa-Allah”, ujarnya dalam satu temu bual radio Kool 101.

Pada masa sama, Izzue menegaskan tiada keperluan untuk bertanya soalan tersebut terutamanya apabila mengetahui mereka sedang mencuba.

“Kita tak tahu, mungkin ada orang niatnya bergurau. Atau mungkin dia memang betul-betul ambil berat, dia nak sangat tengok kita ada anak kan.

“Tapi bagi saya soalan itu elok simpan sahaja sebab benda ini lain orang lain penerimaan dia dan kita tak tahu apa yang orang tu sedang lalui,” tambahnya.

Walaupun ada pelbagai kaedah di zaman moden ini, tidak semuanya menjanjikan keputusan 100 peratus akan mengandung, malah ada habis berpuluh ribu ringgit demi seorang anak.

“Siapa yang tak nak anak? Kami pun nak ada anak nak ada waris, semua orang nak cuma benda ini rezeki dan kita tak tahu apa proses yang dilalui mereka.

“Kos rawatan bukannya murah, contoh buat IVF bukannya bayar RM300 boleh dapat anak esok.

“Ianya bukan sekali sahaja proses, kalau dapat sekali sahaja Alhamdulillah rezeki. Tapi walaupun sekali sahaja, kosnya bukan RM3,000 atau RM4,000 sahaja,” jelasnya.

@kool101my

“Mungkin rezeki kita nanti, dekat syurga nanti…” Kalau belum kahwin, orang tanya bila nak kahwin. Dah kahwin, takda anak…orang tanya bila nak ada anak. Bila ada anak, orang tanya bila nak tambah lagi satu. Mulut orang ni kan takkan berhenti bertanya. @Izzue Islam pun dah lali dengan soalan macam ni. Tapi kali ni Izzue pilih untuk elak kalau ada yang bertanya. Tapi betul lah kan, kalau ada rezeki ada lah. Siapa je yang tak nak anak kan? Catch up Close Up Pagi On Point bersama Izzue Islam di aplikasi Audio+ sekarang atau klik sahaja link di bio okay! 📲 #Kool101 #PakNildiKool101 #PagiOnPointExtended #PagiOnPoint #izzueislam #sukasamasuka

♬ original sound – Kool 101 – Kool 101

Baca juga: Hanya ditawar RM150 sehari, pelakon lama luah rasa kecewa dengan dunia hiburan