Nafi tunggang agama, Norreen tak kisah orang mengata, niat hijrah kerana Allah

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap manusia ada niat nak berubah, namun tak semua kekal istiqamah dengan perubahan yang dilakukan.

Samalah seperti pempengaruh media sosial, Norreen Iman yang baru sahaja memilih untuk bertudung awal tahun ini.

Walaupun ramai mengecam dan melihat penghijrahan tersebut sebagai cara untuk meraih perhatian ramai di media sosial, Norreen kekal dengan sikapnya.

Menurut OhBulan! Norreen melakukan penghijrahan tersebut secara suka rela dan bukan untuk menunggang agama.

“Dari awal lagi apa yang saya buat, baik mahupun buruk, orang tetap akan mengata.

“Jadi kalau nak bercakap pasal penghijrahan ini mungkin mereka ada tengok orang-orang lain yang gunakan agama.

Baca Artikel Penuh