Umum tahu perkahwinan di Perlis tidak memerlukan kebenaran isteri pertama, maka ramailah memilih untuk berbuat demikian walaupun pada dasarnya tidak mampu.
Malah ada juga yang sanggup berhabis duit untuk majlis dengan isteri kedua hingga mengabaikan nafkah isteri pertama.
Luahan tersebut dimuat naik di halaman Facebook ‘Kisah Rumah Tangga’.
Wanita tersebut tidak menyangka si suami memilik rakan baiknya untuk dijadikan madu buat dirinya, malah menghabiskan sekitar RM50,000 untuk urusan perkahwinan.
“Saya tak tahu bagaimana tergamaknya suami saya berpoligami dengan kawan baik saya sendiri yang dah lama saya berkawan dengan dia.
“Nafkah dengan saya pun culas. Tapi sanggup habis dalam RM50K atas urusan perkahwinan mereka di Perlis. Saya tak tahu macam mana tergamaknya hati suami saya,” ujarnya.
Lebih menyedihkan wanita tersebut memaklumkan suaminya tidak berkemampuan malah nafkah bulanan hanya sekadar cukup makan sahaja.
“Pakaian saya pun jarang dibeli baru, apatah lagi perhiasan lain. Bulanan nafkah pun cukup cukup je, dengan barang rumah.
“Macam mana dia boleh terfikir untuk berpoligami dengan saya. Dibuatnya pula kemudahan untuk berpoligami di Perlis, sakitnya hati,” tambahnya.
Rata-rata netizen meminta wanita tersebut untuk berpisah sahaja dengan suaminya malah menyelar tindakan rakan baik yang sanggup menjadi isteri kedua.
Baca juga: “Waktu itu kami tiada duit sangat, jadi ayah tempah hotel bajet murah sebelum dia…”