Naib Juara Hero Remaja rupanya cucu kepada pelakon veteran, Fitri Farok nak sambung legasi nenek

Oleh MAISARAH AISYA

Industri seni di Malaysia ini tidak besar mana, tahu-tahu ada sahaja artis bersaudara, kalau tidak, mesti adik beradik dan kini muncul pula cucu-cucu.

Pencarian Dewi dan Hero Remaja baru sahaja berakhir dan rupa-rupanya naib juara Hero Remaja adalah cucu kepada pelakon veteran Normah Damanhuri.

Menurut Kosmo, Fitri Farok mahu menyambung legasi nenek yang terkenal dengan pelbagai watak dalam drama.

Apatah lagi niat pemuda berusia 24 tahun itu disokong sepenuhnya oleh ahli keluarga.

“Saya bersyukur impian mahu terbabit dalam industri seni disokong keluarga dan paling penting saya mahu sambung legasi nenda (nenek), Normah Damanhuri.

“Semua orang bagi kata-kata semangat, tetapi saya sentiasa ingat kata-kata nenda iaitu kalah menang adat pertandingan, yang penting kejujuran.

Baca Artikel Penuh