Akses kandungan tanpa had dalam kalangan anak muda juga yang sudah berusia menyebabkan mereka cepat terdedah dengan perkara tidak senonoh.
Apabila pemikiran sudah kotor maka perkara yang normal juga mahu dijadikan sebagai bahan seksual buat golongan ini.
Pelakon, Tiz Zaqyah menerusi akaun Twitter memaklumkan pengikutnya bagaimana dia sudah tidak berani makan pisang di khalayak ramai.
“Sampai ke hari ini saya tak makan buat pisang di tempat awam disebabkan pemikiran kotor segelintir orang,” ciap pelakon Nur Kasih itu.
Tiz bersetuju dengan satu ciapan pengguna yang selalu berdepan dengan situasi menikmati buah-buahan tersebut sering disalah erti segelintir orang berfikiran kotor.
“Penatlah bila orang nak ‘sexualise’ (kaitkan) makanan dengan aktiviti seks.
“Tengok perempuan makan ais krim, kau fikir seks. Tengok kami makan siput sedut, kau fikir seks.
“Small small not mapuh (kecil kecil tak nak mampus). Boleh tak kalian biarkan kami nikmati makanan dengan aman,” ciap individu terbabit.
Bila benda normal nak jadikan bahan seksual maka layaklah mereka ini mendapatkan khidmat k’aunseling atau berjumpa pakar untuk menyelesaikan masalah itu.
Baca juga: Lambat sangat tunggu makanan, lelaki serang pekerja dekat dapur