Nak tergelak pun ada, ini tiga jenis ikan yang langsung tak kena dengan nama dan rupa

Oleh KIM SYAZIE

Setiap ikan di Malaysia pastinya mempunyai nama tersendiri bagi memudahkan orang ramai untuk mengenalinya ketika membeli.

Namun tiga ikan ini ada nama yang unik jika mahu dibandingkan dengan fizikal malah menyebabkan tawa ramai.

Seorang penjual ikan, @hasillautsaudagar memuat naik video di TikTok untuk berkongsi tentang nama ikan yang tidak sesuai dengan rupa.

“Jom kita kenal ikan! Tiga jenis ikan yang tak kena pada rupa dan namanya”, katanya dalam video tersebut.

@hasillautsaudagar

JOM KENALI 3 JENIS IKAN NAMA PELIK TAK KENA DENGAN RUPANYA 🫣 ehh jap! Bang amat tahu ke nama ikan atau ….. ahahhaa cer korang share lagi ikan apa yang nama pelik 🙈🤣‼️ #fyp #explore #fypシ #foryou #foryoupage #fypsounds #fypviral #viral #viralvideo #hasil #hasillaut #bangamat #sekinchan #sekinchanselangor #ondelivery #fresh #saudagarbangamat #belihariniesoksampai #ikanpelik #pelik #namaikan #ikan #seafood #seafoodfresh #seafoodfestival #viral

♬ Cupid (Twin Ver.) – FIFTY FIFTY

Ikan Pecah Periuk

Nama Pelik Jenis Ikan

Ikan pecah periuk atau nama saintifiknya Lobotes Surinamensis ini dikatakan berada di habitat muara sungai dan kawasan laut serta teluk. 

Ia sering dijumpai di bangkai-bangkai kapal, bot, pelampung dan objek terapung dan mempunyai tiga warna berbeza iaitu kehitaman, merah gangsa dan kuning atau berbintik.

Ikan Tauhu Jepun

Nama Pelik Jenis Ikan
Ikan tauhu jepun

Ikan Tauhu Jepun atau nama saintifiknya Fusiliers adalahkeluarga Caesionidae. Ia kebiasaannya dijumpai di perairan Indo-Barat Pasifik.

Ikan laut ini tinggal di kawasan terumbu karang dari permukaan air hingga kedalaman 60 meter dan dikatakan terdapat 22 spesis ikan ini di seluruh dunia.

Ikan ini juga dikenali di Malaysia dengan nama Ikan Sulig dan Ikan Tauhu.

Ikan Put Put

Yang ketiga termasuklah Ikan Put Put atau nama lainnya Ikan Mata Beliak.

Ikan ini atau nama saintifiknya Ilisha elongata merupakan sejenis ikan laut masin. Ia mempunyai panjang mencapai 60 sentimeter dan berat sehingga 14 kilogram.

Nama Pelik Jenis Ikan
Ikan put put

Rata-rata warganet menyatakan bahawa cara sebutan pemilik video menyebabkan mereka tertawa melebihi nama ikan.

“Ikan tu tak lucu, cara abg tu yang lucu,” komen pengguna TikTok.

“Yang lucu kau bang, bukan ikan tu,” tambah Puteri.

“Entahlah aku tengok abang ni yang lucu, bukannya ikan,” ujar pengguna lain.

Baca juga: “Staff baru masuk goda aku sampai kami terlanjur, aku nekad berhenti kerja arkitek jadi pembantu kedai”