Sudah dirasai bahang cuaca walaupun duduk di bawah kipas dalam rumah, ini berikutan negara dijangka mengalami fenomena El Nino lemah bulan ini.
Menurut Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, keadaan ini dijangka berlarutan hingga November.
Apabila cuaca terlalu panas maka tekak akan cepat kering jadi senang untuk terkena sakit tekak.
Facebook Public Health Malaysia kongsikan empat rawatan alternatif yang telah terbukti berkesan seperti di bawah.
MADU
Madu yang dimaksudkan di sini adalah makanan dan bukan tambah isteri. Bukan sahaja melegakan sakit, madu juga membantu untuk menyembuhkan luka di tekak.
– Satu sudu kecil dan dua kali sehari sehingga tekak anda sembuh.

AIR GARAM
Air garam ini bukan sahaja boleh tambahkan tenaga dalam badan apabila lesu, jika dicampur air suam boleh membantu membunuh kuman dan mengurangkan radang tekak.
– Kumur setiap empat hingga enam jam. Tapi jangan sampai tertelan pula, nanti naik darah.

MINUM TEH
Teh peppermint dan chamomile boleh membantu untuk mengurangkan radang dan mencairkan kahak. Bau yang nyaman mengurangkan gejala sakit tekak dan batuk.

PELEMBAB UDARA
Selain itu, jika ada humidifier atau pelembab udara boleh gunakan untuk melembabkan persekitaran.

Pastikan anda minum air banyak, jangan merokok dan cukup tidur untuk menguatkan ketahahanan tubuh.
Jika petua ini tidak dapat membantu, segera dapatkan rawatan di klinik berhampiran. Bimbang tekak anda sudah dijangkiti kuman.
Baca juga: Henti ‘gali’ imej seksi Watie, Shuib minta hormat keputusan kahwini bakal isteri