Netizen Indonesia ‘claim’ Rembayung tiru mereka

Oleh KIM SYAZIE

‘Perang’ antara netizen Indonesia dan Malaysia tercetus susulan dakwaan pembinaan restoran Rembayung milik usahawan Khairul Aming diambil daripada konsep restoran di Indonesia.

Ia bermula apabila seorang netizen seberang meninggalkan komen di Facebook seorang pengguna Malaysia, mendakwa konsep seni bina Rembayung meniru restoran Lembayung di Indonesia.

Individu itu mendakwa Khairul Aming “menciplak” idea restoran di negara mereka, selain mendakwa terdapat komen dari arkitek Rembayung yang mengaku mereka meniru.

Tidak hanya itu, individu tersebut berkata rakyat Malaysia tidak kreatif kerana serba serbi meniru budaya mereka.

Perkara itu lantas mengundang banyak komen kritikan dari rakyat Malaysia yang menegaskan Malaysia sudah lama mempunyai budaya yang hampir serupa dengan Indonesia, maka tidak seharusnya ada tuduhan ciplak menciplak.

Pertelingkahan antara Malaysia dan Indonesia mengenai budaya, makanan, lagu dan seni sudah lama diperdebatkan kerana kedua-dua negara berkongsi akar budaya serumpun, yang sering menimbulkan perbezaan pandangan tentang asal-usul serta pemilikan warisan tersebut.

Baca juga: Dakwa ramai ‘cancel booking’ di Rembayung sebab Khairul Aming tak ada, tuan badan dedah data