Netizen kata ‘something wrong’ kalau umur 30 tahun tapi simpanan RM10,000 pun tak ada

Oleh KIM SYAZIE

Satu hantaran di sosial media baru-baru ini mencetuskan perbincangan hangat selepas membangkitkan soal pengurusan kewangan individu yang masih belum mempunyai RM10,000 walau di usia 30 tahun.

Katanya, pasti ada perkara yang tidak kena jika di usia itu masih belum mencapai paras simpanan minimum.

“Kalau kau umur 30 dah tapi simpanan RM10,000 pun tak ada, something is wrong.

“Bukan nak judge tapi kena jujur. You’ve been working for how many years? And still living like it’s day one?,” soalnya.

Hantaran itu mendapat reaksi bercampur dalam kalangan pengguna media sosial yang bersetuju dengan kenyataan tersebut.

Kata mereka, perlu ada simpanan sekurang-kurangnya RM10,000. Tetapi jika simpanan terus berkurang, maka pengurusan kewangan perlu diperbaiki segera.

Pun begitu ada yang berkata, agak susah untuk menyimpan lebih-lebih lagi hidup di Kuala Lumpur dengan gaji RM2,500.

Baca juga: Terpaksa ‘tibai’ pembuli untuk pertahankan diri, mangsa buli akhirnya dibuang sekolah