Nilai kekayaan cecah RM54.86 bilion, Bilionair ini mahu wariskan separuh hartanya kepada tukang kebun

Oleh KIM SYAZIE

Salah seorang pewaris Hermès mahu meninggalkan sebahagian besar kekayaannya kepada bekas tukang kebunnya.

Dilaporkan, pewaris tersebut iaitu Nicolas Puech masih belum berkahwin dan tidak mempunyai anak.

Nicolas Puech mempunyai pertalian darah dengan Thierry Hermes yang mengasaskan rumah fesyen mewah Perancis itu pada 1837. 

Puech sedang merancang untuk mengambil tukang kebunnya itu sebagai anak angkat.

Dilaporkan, Puech memiliki 5.7 peratus daripada modal Hermes. Walaupun jumlah kelihatan kecil, ia tetap menjadikannya pemegang saham individu yang terbesar untuk syarikat itu.

Forbes menganggarkan nilai bersih kekayaan Puech adalah AS$11.7 bilion (kira-kira RM54.86 bilion) sekali gus menjadikannya orang ke-161 terkaya di dunia.

Baca Artikel Penuh