Nonny Nadirah tidak lagi bertudung kerana disihir, ulama Pas tegur “buang tudung bukan sihir tapi peel!”

Oleh KIM SYAZIE

Ulama Pas, Ahmad Dusuki Abd Rani menempelak kenyataan pelakon, Nonny Nadirah apabila mengatakan imejnya yang sudah lagi tidak bertudung adalah disebabkan gangguan sihir.

Kata Ahmad Dusuki, meskipun Nonny mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir, hal itu sudah pasti tiada kena mengena dengan perbuatannya yang menanggalkan tudung.

Sebelum ini, Nonny Nadhirah mendedahkan dirinya terkena buatan sihir selama tiga tahun dan disebabkan itu wajahnya menjadi senget serta menjadi punca utama dia membuka tudung.

“Buang tudung bukan sihir tapi peel! (tingkah laku).

“Janganlah dikaitkan kemaksiatan dengan gangguan sihir,” katanya.

Nonny Nadirah

Menurut Ahmad Dusuki, apabila seseorang wanita tidak lagi bertudung, dia disifatkan membuka aurat yang berterusan.

Baca Artikel Penuh