Seorang ibu berdepan dengan detik cemas apabila anaknya yang berusia dua tahun tiba-tiba mengalami kesukaran untuk bernafas.
Keluar daripada bilik tidur sambil menunjuk ke arah leher, Nurhanis Junazeri mulanya menyangka anak gadisnya telah tercekik makanan.
Rupa-rupanya, anak gadis yang bernama Nur Syifaa Dahlia Mohd. Alif Zulfikar itu telah menelan barang kemas milik Nurhanis pada pukul 1 pagi.
Ketika kejadian, Nurhanis dikatakan meninggalkan anaknya di bilik sebentar selepas mereka berdua selesai makan bersama di dapur.
Tiba-tiba, Nur Syifa keluar dari bilik sebelum ke ruang tamu mencari ibunya dalam keadaan sukar untuk bernafas.
“Saya dan Nur Syifaa Dahlia makan bersama di dapur. Saya tinggalkan dia sekejap untuk ke bilik sebelum mendapati dia sudah berada di ruang tamu.
“Anak saya menunjukkan lehernya dan pada mulanya kami ingatkan dia tercekik makanan sebelum diberitahu dia sebenarnya sudah tertelan cincin,” katanya memetik Kosmo!.
Mencemaskan, kejadian berkenaan difahamkan berlaku rumah mereka bertempat di Felda Kerteh 4, Dungun, Terengganu.
Nurhanis dan suami kemudian segera bergegas membawa anak mereka ke Unit Kecemasan Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan.
Petugas hospital kemudian menjalankan imbasan x-ray sebelum menemui sebentuk cincin di dalam perut Nur Syifaa Dahlia.
“Kerisauan saya dan suami berakhir apabila cincin itu akhirnya berjaya dikeluarkan menerusi saluran najis pada pukul 12 tengah malam tadi,” jelasnya.
Baca juga: Pelawak kontroversi kembali lagi, kini persenda kerajaan Malaysia sebab kumpulan The 1975