Orang baru pencen jangan sesekali buka restoran kalau tiada pengalaman, pemuda ini dedah realiti ramai tidak nampak

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pemuda menasihatkan mereka yang baru pencen agar tidak meneruskan niat menggunakan wang persaraan mereka untuk membuka perniagaan restoran.

Individu yang bernama Hafiz Mansor berkata, banyak cabaran dan kesukaran yang ramai tidak sedar apabila membuka perniagaan makanan lebih-lebih lagi bagi mereka yang tidak mempunyai pengalaman.

Ini kerana menurutnya, lebih banyak keburukan dari kebaikan yang mana antaranya duit persaraan beratus ribu ringgit bakal lebur begitu sahaja tanpa pulangan semula duit modal.

Akhirnya perniagaan terpaksa ditutup, hubungan dengan keluarga juga berantakan disebabkan duit simpanan habis tanpa ada tersisa. 

Kami kongsikan artikel penuh yang dimuat naik di Facebook Hafiz Mansor. Semoga bermanfaat.

Orang baru lepas pencen jangan buka restoran!

Saya lihat terlalu ramai orang lepas pencen terima duit ratus ribu dalam simpanan dia lepas tu dia buka kedai makan atau restoran.

Baca Artikel Penuh