Ramai sering terhibur dengan telatah kelakar dan personaliti bersahaja pelakon serta penyampai radio, Sharifah Shahirah, di media sosial.
Namun di sebalik gelak tawa itu, timbul pula dakwaan kononnya suaminya, Ijoy Azhari, sekadar duduk di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.
Menerusi sesi temu bual program audio siar Too Pretty Too Handle, Sharifah atau lebih dikenali sebagai Shiera menafikan hal demikian.
Jelasnya, suaminya memberi sokongan buatnya yang sibuk bekerja, malah menguruskan anak-anak andainya dia penat.
“Kerjalah, Ijoy ada kerja. Kerja dia menyenangkan hati ini. Ya dia beri sokongan dan saya perlukan dia.
“Bila penat ke apa memang minta tolong dia uruskan,” kongsi Shiera dalam temu bual berkenaan.
Dalam masa sama Shiera berkongsi bukan suaminya tiada tawaran berlakon cuma duit yang ditawarkan dilihat tidak berbaloi.
“Ijoy ni ada kawan yang baik-baik, dia ada gerai juga, pernah dapat tawaran berlakon tapi ditawarkan cuma RM500.
“RM700 je bajet untuk bayar berlakon, orang tengok glamour, orang tengok keluar TV tapi dengan bayaran ratusan je.
“Tak apalah jadi, biarlah orang tengok kita tak ada apa-apa. Tak apalah orang ingat kita miskin, miskinlah. Saya dah tak kisah, tak perlu semua tu,” jelasnya.
Bagaimanapun Shiera menasihatkan orang ramai untuk janganlah sampai tidak buat apa sehingga pasangan dilihat seperti membela biawak hidup.
“Tapi Ijoy cubalah, dia yang terbaik. Saya tak boleh buktikan kepada semua orang tapi janganlah ikut Ijoy sampai tak buat semua, jadi biawak hidup pula.
“Ijoy ada benda-benda lain yang dia hebat juga. Dalam buruk dia, ada baik dia. Kamu ada rezeki masing-masing, cara masing-masing,” kongsinya.
Baca juga: Khairul Aming ‘serah diri’, terima rawatan akibat dehidrasi lepas layan ribuan pelanggan