Bagai istana, itulah ungkapan yang paling sesuai ketika menggambarkan bilik anak gadis Rozita Che Wan, Aaisyah Dhia Rana.
Mempunyai banyak ruangan atau partition, bilik milik Aaisyah itu sudah seperti sebuah rumah bagi rakyat marhaen.
Tidak hanya diletakkan katil, bilik itu juga dilengkapi dengan ruangan rehat, ruangan pakaian serta kamar mandi yang luar biasa luas.
Dilengkapi dengan tab mandi, bilik air Aaisyah dipisahkan pula kepada tiga bahagian yang membuatkan ruangan itu antara yang paling besar.
Tular di media sosial, bilik tidur Aaisyah yang serba mewah itu dikongsikan oleh @nurkhalaf menerusi satu video di laman TikTok.
Terpaku melihatnya, rata-rata pengguna merasa kagum dengan kemewahan yang dinikmati oleh anak kecil yang berusia lapan tahun itu.
Sangat bertuah, yang paling menjadi perhatian tentunya keluasan bilik mandi anak Che Ta bersama pelakon, Zain Saidin itu.
“Toilet dia sebesar bilik aku. Wah, seronoknya. Bila agaknya aku akan dapat. Tapi kena bersyukur dengan apa yang ada,” kongsi seorang penonton.
“Nak sampai ke tempat membuang berapa pintu kena tempuh. Geng yang tak boleh duduk tandas lama-lama mesti takut,” seloroh pengguna lain.
Baca juga: “Mak aku ni ustazah, malam-malam mesti lelaki ni telefon, sehinggalah aku dapat tahu..”