Pakai niqab tapi mata cantik, Ustazah Asma’ tegur tujuan pakai niqab supaya tidak tarik perhatian orang

Oleh KIM SYAZIE

Pendakwah terkenal, Ustazah Asma’ Harun mengingatkan wanita yang memakai niqab bahawa tujuan menutup separuh wajah itu adalah untuk tidak menarik perhatian orang lain.

Ini kerana kaanya, mata dengan mulut adalah tarikan yang kuat bagi lelaki mahupun perempuan.

Menerusi video yang dikongsikan pengguna media sosial, Ustazah Asma’ bahkan memberitahu apabila seseorang wanita berniqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kala berlebihan.

“Pakai niqab, tetapi mata sangat cantik. Tujuan pakai niqab untuk tidak menarik perhatian, tetapi lagi menarik perhatian kerana mata dengan mulut tarikan yang kuat bagi wajah sama ada lelaki ataupun perempuan.

“Saya bukan tujukan kepada wanita pakai niqab sahaja. Semua wanita, cuma bila pakai niqab, keinginan lelaki untuk melihat kecantikan wanita itu kadang-kala lebih.

“Bila mereka tengok mata yang dicantikkan berlebih-lebihan, mereka membayangkan lebih lagi, Subhanallah Allahuakbar,” katanya dalam satu video yang dimuatnaik pada bulan lalu tetapi kembali tular hari ini.

Baca Artikel Penuh