Tular di media sosial sebelum ini mengenai pengantin lelaki di Indonesia dipeluk erat oleh seorang ‘wanita’ berpurdah ketika sedang bersanding.
Pengantin wanita di sebelah juga dilihat tercengang melihat suami dan ‘wanita’ tersebut namun tergelak selepas melihat wajah disebalik purdah.
Rupanya-rupanya rakan kepada si pengantin lelaki itu sanggup berjubah dan memakai purdah untuk mengenakannya.
Rata-rata warganet terhibur melihat reaksi panik lelaki tersebut namun ada yang bertanya kenapa masih teruskan pelukan.
“Ingatkan yang pakai purdah tu Syarifah, eh sekali Syarifuddin lah.
“Kelakar gila prank dia sampai yang tengok ni pun panik sekali.
“Muka panik tapi kenapa tetap peluk ‘perempuan’ tu abang?,” antara komen netizen.
Baca juga: Ini 5 filem tempatan paling gagal di pawagam, tak sangka filem ada Kazar pun tersenarai!