Perdana Menteri, Datuk seri anwar Ibrahim mengucapkan selamat bersidang kepada semua perwakilan UMNO yang mengambil bahagian pada Perhimpunan Agung UMNO kal ini.
Anwar berkata, kekuatan tidak lahir dari perbezaan, tetapi kesepaduan yang diperkukuh.
“Selamat bersidang kepada semua pimpinan dan perwakilan sempena Perhimpunan Agung UMNO.”
“Dalam landskap politik dan ekonomi yang kian mencabar, kekuatan sebenar tidak lahir daripada perbezaan yang terus dipicu, sebaliknya daripada kesepaduan yang diperkukuh, kebijaksanaan yang diraikan, serta iltizam bersama untuk mendahulukan kepentingan rakyat dan negara.”, katanya di ruangan facebook Anwar Ibrahim.
Tegasnya lagi, negara memerlukan politik yang matang berteraskan muafakat dan saling hormat antara satu sama lain.
“Semoga persidangan kali ini berlangsung dengan tertib, penuh wacana yang bernas yang berpaksi pada rakyat, serta menyumbang kepada pengukuhan perpaduan nasional demi sebuah Malaysia yang madani.”