Pekerja hotel luah realiti kebanyakan kaki travel suka buat sepah dekat bilik, siap tinggalkan najis berterabur

Oleh KIM SYAZIE

Nampaknya ramai yang menjadikan alasan ‘dah bayar servis perkhidmatan’ sebagai lesen untuk meninggalkan tempat penginapan atau hotel dalam keadaan kotor. Ditambah lagi sekarang ini tengah musim cuti persekolahan, banyak masa ‘housekeeping’ terbuang hanya untuk membersihkan sebuah bilik.

Seperti satu luahan yang ditinggalkan di ruangan ‘review’ sebuah hotel, seorang pekerja yang berkhidmat di bahagian pembersihan meluahkan rasa terkilan dengan sikap segelintir rakyat Malaysia terutama kaki travel yang banyak menyukarkan urusan harian mereka.

Individu berkenaan mendedahkan sudah banyak kali berhadapan dengan bilik yang ditinggalkan pelanggan berada dalam keadaan sangat kotor dan sampah berterabur.

Selain merasa terkilan, individu tersebut memberitahu bahawa sikap tidak bertanggungjawab itulah yang membebankan lagi pekerjaan mereka. Daripada hanya 30 minit masa diperlukan untuk proses pembersihan, mereka terpaksa menghabiskan lebih 1 jam untuk mengemas segala sampah yang ditinggalkan.

Lebih menimbulkan rasa geram apabila ada sesetengah pelanggan yang sengaja mengotorkan ruang bilik itu dengan air yang dibiarkan membasahi lantai bilik, bedak melekat di atas karpet dan ada kes sehingga najis berterabur terkeluar dari pampers.

“Hai saya tak ada nk review apa-apa tapi sebagai pekerja housekeeping hotel bertaraf 4 bintang ingin meluah..kadang terkilan bila buka bilik kemain sepah, ada air banjir atas karpet. Dalam blik air tak payah ceritalah. Bedak berterabur tompok-tompok atas karpet.

Baca Artikel Penuh