Sesiapa sahaja yang bekerja syif malam pastinya sukar untuk menah mata daripada tertidur apatah lagi bekerja sebagai jurutol.
Tular di media sosial, sorang pengguna jalan raya yang cuba mengejutkan jurutol kerana mesin Touch N Go mengalami masalah teknikal.
Pengguna TikTok, @unclejohn9201 memuat naik insiden lucu tersebut pada Februari lalu.
“Orang nak balik Johor ni bang,” ujarnya dalam video tersebut.
Rata-rata netizen terhibur malah ada yang menyuruhnya untuk keluar terus dari kereta agar senang untuk bangunkan jurutol tersebut.
“Hahaha, orang tengah ada kecemasan, dia sedap bantai (teruskan) tidur,” kata pengguna TikTok.
“Kau keluarlah dari kereta bang,” tambah Shima.
Seorang pengguna lain, @ZashriqRayyan mengharapkan orang ramai memahami situasi pekerja tersebut yang mungkin kepenatan.
“Kadang-kadang orang tak faham kerja kita, staf tak cukup jadi terpaksa sambung sampai 16 jam.
“Bayangkan hari-hari sambung syif kalau tak 12 jam, jadi 16 jam. Penat tak boleh cakap,” komen pemilik akaun tersebut.
Baca juga: Penjawat awam kantoi jual air ketum dekat Putrajaya