Pelanggan terkejut restoran di pusat peranginan Johor caj RM15.90 untuk secawan milo panas

Oleh KIM SYAZIE

Ini bukanlah kali pertama pusat peranginan di Malaysia terpalit dengan kes-kes pencatutan harga makanan.

Kadangkala kedengaran agak tidak masuk akal untuk restoran-restoran ini mengenakan harga berbelas ringgit bagi minuman mudah didapati seperti teh, milo dan nescafe.

Seperti kes terbaru ini, seorang pelanggan terkejut selepas salah sebuah restoran di pusat peranginan Johor didakwa mengenakan harga cekik darah untuk secawan milo panas yang dipesannya.

Menerusi resit bayaran yang dikongsi pelanggan bernama Emoncs Tay, secawan milo panas dikenakan caj RM15.90.

Dia perlu membayar sekitar RM47.40 bagi tiga cawan minuman itu.

Selain itu, sekeping roti canai telur yang dipesannya pula dikenakan caj RM12.90, manakala Thosai pula berharga RM10.90.

Baca Artikel Penuh