Dah lama pelik kenapa kedai sendu tapi boleh bertahan, akhirnya semua cawangan Elews Mart milik Ebit Lew ditutup?

Oleh KIM SYAZIE

Umum tahu, pendakwah bebas Ebit Lew, 38, kini sedang berdepan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar perkataan dan gambar lucah sekitar tahun 2021.

Atas sebab itu juga, dilaporkan beberapa perniagaan yang ditubuhkan pendakwah itu diambang kegoyahan dan kini menanti masa untuk ‘gulung tikar’.

Satu notis pemberitahuan dilaporkan sedang beredar di media sosial yang mendakwa kedai serbaneka Elews Mart akan ditutup secara berperingkat.

Menerusi notis tersebut, beberapa cawangan Elews Mart dimaklumkan sudah pun ditutup sejak 15 Januari lalu.

Notis berkenaan didakwa dikeluarkan oleh Elews Mart Sdn. Bhd. serta dikatakan ditujukan kepada pembekal premis tersebut.

“Adalah dimaklumkan bahawa Elews Mart Sdn. Bhd. akan menutup semua cawangan Elews Mart secara berperingkat bermula 15 Januari.

Baca Artikel Penuh