Pemandu lain sibuk hon suruh ketepi, gadis terharu ‘uncle’ ini bantu alih kereta rosak

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang gadis berdepan dengan detik cemas apabila kereta dipandunya mati secara tiba-tiba ketika melalui Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE).

Lebih memburukkan keadaan, brek kaki kenderaan berkenaan juga gagal berfungsi sebaik sahaja gadis terbabit ‘turun’ daripada lebuh raya yang terletak di ibu kota itu.

Gadis yang berada dalam ketakutan itu semakin cemas apabila pemandu lain tidak berhenti membunyikan hon berikutan keretanya telah menghalang laluan jalan raya.

Nasib bagaimanapun menyebelahinya apabila seorang lelaki berbangsa Cina tampil menghulurkan pertolongan dengan memandu keretanya itu ke tempat lebih selamat.

“Kereta ‘shut down’ (mati) selepas turun lebuh raya SUKE. Dengan brek kaki terus jadi keras, semua simbol amaran menyala. Gelabah, menggeletar dan menangis sampai tak tahu nak buat apa.

“Semua kereta sudah membunyikan hon, dapat pakej kena marah dengan pemandu yang suruh alihkan kenderaan. Terima kasih pakcik, saya ingat muka pakcik sampai bila-bila.

“Tetapi Allah maha baik. Didatangkan seorang ‘uncle’ Cina tolong aku. Sanggup dia bawa kereta aku yang berisiko sangat tinggi itu kerana brek kaki sudah tidak dapat digunakan,” kongsinya dalam satu hantaran di TikTok.

Rupa-rupanya, lelaki Cina terbabit menawarkan diri untuk memandu kereta rosak itu dan menyerahkan kunci kenderaan Exora miliknya untuk dipandu gadis berkenaan.

Gadis terbabit bagaimanapun tidak sempat mengambil nombor telefon lelaki Cina itu dan meminta bantuan orang ramai menggunakan ‘kuasa tular’ agar dapat menjejakinya.

@shqn.s

TOLONG CARI UNCLE NI?! Hari yang aku ingat sampai bila bila. Shaking gelabah semua ada. Girls pandai mana pon kita cari duit hahaha kena ada ilmu pasal kereta rosak ni kena buat apa. Jangan jadi macam aku, gelabah semua tak tahu buat apa + orang hon rasa presure sangat. Alhamdulillah semua selamat. dikala negara kita banyak isu terjadi, hadir nya insan yang baik berhati mulia. Uncle where are u? #viralmalaysia #unclecinabaik

♬ suara asli – Sadness🥀 – 𝐒𝐚𝐝𝐧𝐞𝐬𝐬🥀

“Mula-mulanya, uncle itu pesan untuk duduk di depan kereta. Kalau duduk belakang takut kena langgar, bahaya. Selepas dia tengok aku menangis, terus tawarkan diri untuk tolong bawakan kereta aku. 

“Allah maha baik. Tengoklah dia bawa kereta aku sampai ke bawah. Rasa sedih pula mengingatkan ada pakcik marah aku suruh alihkan kereta. Tetapi uncle cina ini pula tolong aku.

“Siap pesan aku supaya berhati-hati. Tolong cari uncle ini, aku nak nombor telefon dia. Hanya sempat cakap terima kasih. Selepas itu, dia pergi terus. Tolong, gunakan kuasa netizen dan tularkan,” kata gadis itu.

Dalam pada itu, gadis terbabit mengakui bahawa kejadian ini telah memberikan satu pengajaran buatnya untuk menimba pengetahuan umum mengenai kereta rosak.

Baca juga: Tak berkira jual durian murah-murah, peniaga raih hasil lumayan 20 tan buah terjual setiap hari