Pemandu mabuk rempuh penunggang motosikal, ini respon Anthony Loke

Oleh ROSLAN ZAMAN

Semalam tular satu video ngeri kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dirempuh dengan kuat oleh sebuah kereta yang dipandu oleh seorang lelaki India yang mabuk.

Perkara ini mendapat perhatian oleh Kementerian Pengangkutan sendiri melalui menterinya Anthony Loke.

“MOT memandang serius kejadian ini dan menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol mahupun dadah,” katanya

Menurut Loke, kementeriannya sedang merangka cadangan untuk pindaan lanjut terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pemandu bawah pengaruh alkohol membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain dikenakan hukuman penjara.

Menurut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987, mana-mana individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol atau dadah sehingga menyebabkan kematian boleh dihukum penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan tidak melebihi 15 tahun

“Ia serta denda antara RM50,000 hingga RM100,000, jika disabitkan kesalahan. Bagi kesalahan berulang, hukuman adalah lebih berat, iaitu penjara tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 20 tahun, serta denda antara RM100,000 hingga RM150,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Anthony turut menggesa pihak Polis Diraja Malaysia untuk menyegerakan siasatan kes ini secara menyeluruh agar kertas siasatan dapat dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk pendakwaan.

“Ia seterusnya berharap agar mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat terhadap pesalah sekiranya didapati bersalah,” katanya