Pemuda Amanah sedia lawan MUDA

Oleh KIM SYAZIE

Melihat kepada senario semasa, Pemuda Amanah Selangor menganggap persaingan pada Pilihanraya Negeri yang akan berlangsung akan begitu meriah dengan anggapan awal ialah satu lawan satu antara Perpaduan PH-BN dan PN.

Namun dengan pengumuman MUDA yang akan menandingi beberapa kerusi di Selangor akan merancakkan lagi persaingan.

Pada PRU15 yang lepas, MUDA telah bertanding di kerusi Tanjung Karang dan tidak berjaya memenanginya. Namun kini MUDA bertindak untuk bertanding bersendirian selepas tiada keputusan kebersamaan dengan PH.

Saya mengalu-alukan kehadiran MUDA bertanding di beberapa kerusi yang diumumkan, dan AMANAH akan mempertahankan kerusi Seri Serdang yang disandang sejak 2018.

Hari ini MUDA telah menamakan Amir Hadi sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi DUN Seri Serdang, amat wajar pimpinan Amanah negeri mahupun nasional meletakkan Danial Al-Rashid Ketua Pemuda Amanah Selangir bertanding di Dun tersebut.

Ianya sudah pasti memberikan saingan yang baik kepada kedua tokoh anak muda ini dalam membawa ideologi dan aspirasi anak muda serta membawa suara segenap lapisan masyarakat.

Tambahan pula Danial Al-Rashid juga merupakan Pegawai Khas EXCO serta Ketua Jabatan Agensi Selangor yang terlibat langsung dalam dasar dan polisi kerajaan. Sudah tentu pengalamannya bersama mantan ADN tersebut akan digunakan sekiranya mendapat tempat di Dun tersebut.

Matlamat kami jelas, untuk mengekalkan kerajaan negeri Selangor dan menguatkan kerjasama dengan Barisan Nasional. Siapapun yang akan kami tandingi, kami akan lawan habis-habisan dengan jentera PH-BN.

FARID EL-AMIN
Timbalan Ketua Pemuda
Parti Amanah Negara
Negeri Selangor

Baca juga: Majlis Ilmu Madani semakin popular dengan kehadiran tokoh-tokoh antarabangsa