Pemuda ini kongsi logik kenapa anak B40 selalunya susah naik jadi T20

Oleh KIM SYAZIE

Seorang pengguna media sosial, Sayyed Nawaz, berkongsi pandangannya mengenai mengapa anak daripada golongan B40 sering berdepan kesukaran untuk meningkat ke kelompok T20.

Menurutnya, jawapan bahawa golongan B40 “malas” adalah terlalu simplistik, sedangkan realiti sebenar jauh lebih kompleks dan dipengaruhi pelbagai faktor seperti titik permulaan kehidupan, modal kewangan, rangkaian sosial serta pendedahan terhadap dunia kewangan.

Kami kongsikan pandangan penuh Sayyed Nawaz seperti dikongsikan di Facebook beliau.

Kenapa anak B40 susah nak naik jadi T20? Ramai suka jawab sebab malas. Jawapan itu terlalu simplistik. Realitinya lebih kompleks.

Ini beberapa faktor yang jarang orang bincang secara jujur.

1) Starting line memang tak sama

Anak B40 bermula dari survival. Fikir duit makan, bayar bil, bantu keluarga

Anak M40/T20 bermula dari pembangunan diri. Tuisyen, kelas tambahan, exposure, networking

Bila garis permulaan berbeza, hasilnya juga berbeza.

2) Modal kewangan

Modal menentukan kelajuan.

Contoh:

Anak B40

• grad universiti

• hutang PTPTN

• gaji RM3,000

Anak T20

• grad universiti

• tiada hutang

• boleh mula melabur terus

Dalam 10 tahun, compounding akan bezakan kehidupan mereka.

3) Network

Network adalah pintu peluang. Anak T20 biasanya ada akses kepada:

• kenalan bisnes

• peluang praktikal elit

• peluang kerja melalui connection

Anak B40 pula biasanya bergantung kepada:

• Jobstreet

• LinkedIn

• temuduga

4) Exposure kepada dunia duit

Apa yang kita nampak semasa kecil akan bentuk cara kita berfikir.

Anak B40 biasa nampak:

• kerja makan gaji

• cukup makan

• survive

Anak T20 biasa nampak:

• pelaburan

• bisnes

• hartanah

• ownership

Mindset ini terbentuk sejak kecil.

5) Risiko

Untuk naik kelas ekonomi, seseorang perlu ambil risiko. Tetapi risiko perlukan safety net.

Anak T20 gagal bisnes → masih ada sokongan keluarga.

Anak B40 gagal bisnes → boleh jatuh terus ke bawah.

Sebab itu ramai B40 terpaksa bermain secara selamat.

6) Kekayaan antara generasi

Ini yang paling sukar ditembusi. Anak T20 kadang bermula dengan:

• rumah

• tanah

• syarikat keluarga

• modal pelaburan

Anak B40 bermula dengan:

• hutang

• tanggungjawab keluarga

Jadi perjalanan mereka memang tidak sama. Tetapi ini penting. Mobiliti sosial tetap wujud. Ramai juga yang berjaya naik dari B40 ke T20 melalui:

• pendidikan

• keusahawanan

• teknologi

• pelaburan awal

Cuma jalannya lebih panjang dan lebih mencabar. Ini bukan soal malas atau rajin semata-mata. Ini soal starting point, modal, network dan exposure.

Memahami realiti ini bukan untuk mengalah. Tetapi supaya kita tahu permainan sebenar yang sedang dimainkan.

Baca juga: PM Anwar zahir simpati tragedi gempa bumi di Filipina, Malaysia sedia hulur bantuan