Sepasang suami isteri memecahkan tradisi apabila dikurniakan bayi perempuan pertama dalam keluarga setelah hampir 138 tahun.
Berasal dari Michigan, Amerika Syarikat, Carolyn dan Andrew Clark selamat melahirkan cahaya mata mereka pada 17 Mac lalu.
Menurut Carolyn, dia terkejut apabila diberitahu bahawa keluarga suaminya tidak pernah melahirkan anak perempuan semenjak tahun 1885.
Mulanya tidak percaya, maklumat yang diterima melalui suaminya itu kemudian disahkan sendiri oleh ibu bapa mertua Carolyn.
“Saya berkata, ‘ini nampaknya tidak betul. Saya tidak pernah mendengar perkara ini berlaku sebelum ini’”.
“Saya bertanyakan ibu bapa Andrew untuk mengesahkan dan mereka menjawab bahawa keluarga itu tidak pernah mempunyai waris perempuan.
“Saya fikir, ‘Ia mesti benar. Abang-abangnya hanya mempunyai anak lelaki juga, jadi saya rasa ianya benar terjadi’,” kata Carolyn.

Mereka mulanya tidak terlalu berharap untuk mendapatkan bayi perempuan kerana anak sulung mereka adalah lelaki.
Bagai bulan jatuh ke riba, pasangan itu gembira setelah diberitahu bahawa mereka bakal menimang cahaya mata perempuan.
Kini, keluarga itu sedang menikmati kebahagian bersama bayi perempuan mereka, Audrey Marie Clark.
Baca juga: “Makcik ni masa muda mesti jadi kegilaan lelaki” – Nenek umur 90 jadi perhatian warganet