Pengarah, CEO Aman Palestin mengaku tidak bersalah selepas hadapi 52 pertuduhan pecah amanah

Oleh MAISARAH AISYA

Isu penyelewengan dana Aman Palestin mengejutkan ramai pihak sebelum ini dan terbaru dua pegawai atasannya dihadapan ke mahkamah dengan 52 pertuduhan pecah amanah.

Bagaimanapun Pengarah Eksekutif Aman Palestin, Abdullah Zaik Abdul Rahman, bersama ketua pegawai eksekutif syarikat terbabit, Awang Suffian Awang Piut mengaku tidak bersalah.

Lebih mengejutkan dana yang terlibat dalam pertuduhan tersebut dikatakan berjumlah lebih RM20 juta.

Di Mahkamah Sesyen Shah Alam, kedua mereka didakwa melakukan jenayah pecah amanah atas kapasiti mereka sebagai pengarah kepada syarikat Samudra Champa Sdn Bhd yang diberikan amanah atas harta milik Aman Palestin.

Memetik Malaysia Kini, kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan tersebut antara 12 Mac 2018 hingga 3 Nov tahun lalu di Maybank cawangan Bandar Baru Bangi, Selangor.

Kesemua 52 pertuduhan tersebut dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

Baca Artikel Penuh