Pengawal keselamatan boleh main piano, ada ijazah rupanya dalam…

Oleh SHAFIQAH MUKHSIN

Disebabkan faktor ekonomi, orang ramai tidak lagi memilih kerja berdasarkan ijazah yang mereka ambil semasa di universiti.

Malah ada yang sanggup bergaji rendah asalkan punya duit untuk kelangsungan hidup ketika ekonomi sedikit merudum.

Seorang pengawal keselamatan di Shah Alam mengejutkan orang ramai dengan bakat yang terpendam.

Menerusi satu video yang dimuat naik @g3nkhis, dapat dilihat pengawal keselamatan itu bermain alat muzik piano.

Pelbagai melodi dimainkN, termasuk lagu dari filem Howl’s Moving Castle, Beethoven’s Für Elise, dan SZA’s Kill Bill.

Menurut komen daripada ahli keluarganya, Amidah pengawal keselamatan terbabit difahamkan memiliki ijazah dalam bidang muzik.

“(Dia) ada ijazah dalam muzik. Untuk hidup, perlu makan, asalkan ada sumber pendapatan yang ikhlas. All the best, abang ngah, saya doakan awak,” ujar komen tersebut.

Baca juga: ‘Tak perlu tunjuk rajin kalau tuan rumah tak suruh basuh pinggan’, wanita kongsi sebabnya