Penghantar gas didakwa tunjuk kemaluan, wanita lari hubungi suami

Oleh MALAYSIADATELINE

Zaman sekarang, walaupun berada dalam rumah sendiri, nak asa selamatpun susah apabila gangguan seksual boleh berlaku tanpa diduga, termasuk daripada orang luar yang sepatutnya datang untuk urusan biasa.

Siapa menyangka niat wanita yang hanya mampu menukar tong gas tanpa kehadiran suami bertukar menjadi pengalaman menyeramkan.

Menerusi Threads, wanita tersebut berdepan insiden gangguan seksual melibatkan seorang penghantar gas ketika bersendirian di rumah.

Menurut wanita berkenaan, penghantar gas terbabit tiba selepas suaminya keluar bekerja, sebelum memintanya memeriksa dapur kononnya bagi memastikan api berfungsi dengan baik.

“Aku memang tak sedap hati. Tong gas umah ni habis. Suami order dan dia cakap nanti hantar. Jam 9 pagi dan suami aku pergi kerja 8.40 pagi.

“Sambil tunggu gas sampai, aku baru nak sarapan pagi. Masa dia datang, aku buka pintu luas-luas. Tunjuk dia dapur dan aku duduk depan sahaja. Pintu buka luas-luas,” jelasnya di Threads.

Namun, wanita itu mendakwa individu terbabit melakukan perbuatan tidak senonoh ketika berada di dapur.

“Aku biar dia seorang diri dekat dapur. Pastu dia panggil suruh tengok api hidup tak? Aku pergi tengok dan sambil check dia duk ‘eh eh eh..’ aku pandang belakang.

“Eh sekali dia pergi pegang kemaluan dia. Aku lari pergi depan. Dia tengah masukkan kemaluan dia dalam seluar. Pastu dia minta maaf,” kongsinya.

Terkejut dengan kejadian tersebut, wanita berkenaan segera beredar ke bahagian hadapan rumah, mengunci pintu dan menghubungi suaminya.

Malah dia turut menegaskan berpakaian sopan ketika kejadian berlaku.

Susulan itu, wanita terbabit menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati ketika menerima penghantaran tong gas ke rumah.

Khususnya apabila bersendirian malah menasihati mengelakkan berurusan dengan individu tidak dikenali..

Baca juga: Lelaki kantoi curang, tertangkap CCTV rumah tengah video call perempuan lain