Seorang suami menjadi sasaran kecaman ramai selepas didakwa berlaku curang terhadap isterinya.
Perbuatan itu tertangkap melalui kamera litar tertutup (CCTV) ketika dia sedang membuat panggilan video dengan perempuan lain.
Dalam rakaman tular di TikTok, lelaki berkenaan difahamkan baru sahaja sampai di rumah dan hendak membuka pintu pagar.
Telefon bimbitnya kemudian berdering, sebelum dia mengangkat panggilan dan terpampang wajah perempuan lain di telefon.
CCTV berkenaan merakam seluruh perbualan itu tanpa disedari lelaki berkenaan.
Ia mencetuskan perbincangan hangat warga maya yang mengecam perbuatan curang di belakang isteri sendiri.
Baca juga: Suami risau tak dapat jumpa mak ayah, isteri enggan balik jumpa kakak ipar penyondol