Kebelakangan ini, begitu banyak luahan yang dikongsikan penjual terutamanya dari mereka yang menyertai ‘booth’ jualan raya.
Kelihatan meriah, namun penjual mulai resah apabila pengunjung hanya sekadar melihat dan tidak membeli barang dagangan mereka.
Rata-rata peniaga rasa tidak puas hati khususnya kepada penganjur yang katanya kurang mempromosikan tapak jualan.
Sedar akan ‘trend’ menyalahkan penganjur kian menjadi perbincangan, seorang lelaki tampil memberikan perspektif lain kepada peniaga.
Memuat naik pandangannya di laman Facebook, lelaki itu berpendapat peniaga bersikap tidak adil dengan menuding jari kepada penganjur.
Berdepan dengan risiko apabila memilih berniaga di booth, penjual seharusnya lebih peka dengan trend semasa di negara kita.
Menawarkan harga yang jauh lebih murah, pengguna lebih gemar berbelanja online atau membeli barang menerusi kedai di atas talian.
“Jangan asyik menyalahkan orang lain. Penganjur tidak mamaksa kita berniaga di sana. Mereka hanya menawarkan pilihan.
“Ikut trend. Ingat, jualan online anda tidak perlu bayar sewa ribuan. Jadi jualan anda 40% lebih murah dari jualan di premis,” katanya.
Selari dengan perkembangan teknologi, peniaga seharusnya pandai beradaptasi dan merebut peluang demi memajukan perniagaan mereka.
Baca juga: 5 hari lagi menjelang aidilfitri, 18,000 ekor lembu dilapor mati akibat letupan besar di kandang