Peniaga caj 20 sen untuk servis buat surat tak hadir sekolah, netizen siap suruh naik harga lagi

Oleh MAISARAH AISYA

Pelbagai perkhidmatan sudah disediakan secara atas talian, jangan terkejut jika surat tak hadir ke sekolah juga boleh dibeli.

Tidak semua ibu bapa tahu template surat rasmi atau surat tidak rasmi yang perlu diberikan maka alasan juga kadangkala sukar dicari.

Seorang pengguna Twitter, Malissa (@malissaali) terkejut apabila menjumpai peniaga yang menjual template tersebut di Shoppee.

“Macam itu sahaja dia dapat seratus ringgit (RM100),” ujarnya mengenai surat yang dijual pada harga 20 sen satu.

Melihat tangkap layar yang dimuat naik Malissa, sudah lebih 500 template surat dibeli pengguna.

Rata-rata warganet memuji perkhidmatan terbabit malah meminta peniaga untuk menaikkan caj membuat surat tersebut kepada RM1.

“Aku tengok ramai yang perlekeh usaha ni tapi mungkin sebab kau bukan pembeli yang dituju. Market dia untuk orang malas buat surat.

“Malas nak fikir ayat, nak tiru ayat sama dengan template pun boleh. Tapi aku rasa 20 sen murah sangat, patut naikkan ke RM1,” Komen Asim.

“Untuk kita yang reti buat surat ni memang nampak benda ni kelakar. Pada aku murah sangat tu dia cas 20 sen. Caj RM1 lah.

“Tak berbaloi buat 500 surat walaupun mudah dapat RM100 je. Kot mail merge lain cerita, ni berdasarkan permintaan kot,” tambah @fadhlibahali.

Senang sebenarnya nak buat duit kalau kita rajin apatah lagi semuanya di hujung jari jadi tak perlu menjadi pengemis di media sosial.

Baca juga: Tak mahu kahwini artis, Sharnaaz rela masuk rumah orang tua jika tiada jodoh