Peniaga sanggup tampal notis caj lebih RM1 jika tak mahu tauge, pembeli anggap tak masuk akal

Oleh MAISARAH AISYA

Tauge adalah sayur yang paling kurang disukai kebanyakan orang, malah bahan inilah yang sering ditinggalkan ketika makan di kedai.

Disebabkan itu ada kedai di Singapura yang sanggup mengenakan caj kepada pelanggan yang tidak memakan tauge.

Menurut The New Paper, satu kedai telah menampal notis menyatakan pelangganya akan dikenakan caj SG$0.50 (RM1.72) jika meminta tauge tidak dimasukkan ke dalam makanan mereka

Perkara tersebut dikongsi Steven Wong yang memaklumkan portal berita asiaone bahawa dia melihat notis tersebut di sebuah gerai itu di Pusat Beli-belah Fajar.

“Makanan laut tambahan pada harga SG$2 (RM6.88), telur tambahan untuk SG$1 (RM3.44) dan tauge tambahan sebanyak 50 sen,” ujar notis tersebut.

Tapi yang menarik perhatian adalah disebabkan caj tambahan sebanyak SG$0.50 jika pelanggan meminta untuk tidak meletakkan tauge ke dalam makanan mereka.

“Ini tidak masuk akal,” katanya.

Tambahan pula gedai tersebut menjual char kuetiau goreng, kek lobak merah dan telur dadar tiram.

Wong memaklumkan bahawa dia tidak akan mengunjungi kedai tersebut kerana mengambil kesempatan untuk perkara kecil.

Sedangkan kedai lain tidak mengenakan sebarang caj jika pelanggan tidak mahu tauge dalam makanan mereka.

Baca juga: “Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?” – netizen perlekeh Jasmin Hamid guna kereta lama