Penyelidik UPM berjaya komersialkan inovasi vaksin untuk kambing biri-biri

Oleh BORHAN AHMAD

Penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) telah berjaya mengkomersilkan inovasi vaksin STVac7 semburan intranasal untuk kambing dan biri-biri bagi mencegah penyakit yang menyerang paru-paru atau pneumonia kepada kumpulan haiwan tersebut dengan nilai jualan paten RM4 juta kepada syarikat BIO-Angle VACS Sdn Bhd (BAV).

Penjualan paten Mannhemia Haemolytica Bacterial Polypeptides and Sequences, Gene Sequences and Uses Thereof (MY-176715-A) telah dimeterai melalui perjanjian tiga hala melibatkan UPM, UPM Innovation Sdn Bhd dan BAV yang disaksikan oleh Dr Mohd Zabri Yusoff, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pengajian Tinggi.

Menurut Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM, permeteraian Perjanjian Penjualan Paten kepada pihak BAV merupakan nilai penjualan pengkomersilan tertinggi yang dicapai oleh UPM setakat ini.

Kejayaan pengkomersilan ini adalah hasil usaha sama di antara Putra Science Park (PSP)UPM dan UPM Innovations yang juga merupakan anak syarikat UPM Holdings.

BAV kini dalam proses membina fasiliti bernilai RM8 juta untuk pengeluaran STVac7.

Fasiliti bakteria vaksin bertaraf GMP ini adalah yang pertama seumpamanya di Asia Tenggara dan mampu membuat pengeluaran sehingga 300,000 botol dalam masa setahun.

Baca Artikel Penuh