Zaman dulu menjadi penyanyi bukanlah senang seperti dunia kini. kalau sekarang muat naik di sosial media dan ‘viral’ maka ramai yang sanggup terbitkan lagu.
Tidak hanya itu individu zaman sekarang yang suara kelaut pun boleh buat lagu asalkan berduit, kesian kepada mereka yang berbakat namun tak berkemampuan.
Sudah 20 tahun berada dalam dunia seni, juara program All Stars Gegar Vaganza, Jaclyn Victor akui perjalanan sebagai artis ada pasang surutnya.
Pernah memasuki progam Malaysian Idol, ini yang membuka pintu dan peluang untuk kekal berada dalam dunia seni lapor Kosmo! Online.
Pernah bekerja di kelab malam
Bukan semua artis terus naik, samalah seperti Jaclyn yang bekerja sebagai penyanyi di kelab walaupun usia baru 18 tahun.
Tidak hanya itu, Jac juga berkongsi bahawa dirinya pernah dihina seorang pemandu teksi yang menganggap pekerjaannya memalukan.
“Ketika itu saya masih muda, berusia dalam lingkungan 18 tahun tetapi sudah bekerja di sebuah pusat hiburan untuk menolong ibu mencari rezeki.
“Setiap hari saya berulang naik teksi dan tentu sahaja dalam perjalanan saya bertemu dengan ramai pemandu.
“Namun, saya berhenti berkongsi pekerjaan saya apabila suatu hati saya menaiki teksi seorang pemandu yang skeptikal dengan pekerjaan saya.
Sehingga ada yang bertanya sama ada ibu saya tahu saya menyanyi di kelab malam,” katanya seperti dipetik HibGlam.
Enggan mengenang kisah lampau serta mengingati pandangan negatif orang terhadap pekerjaan pertamanya, Jac akui ibunya Maggie Victor adalah pendorong utama kerjaya seninya.