Seorang wanita bertindak nekad membuat laporan polis selepas sebuah kedai mi wanton tetap menyajikan ladu bercampur cili walaupun dia sudah berulang kali menegaskan bahawa dia tidak mahu pedas.
Menurut portal berita Stomp, wanita itu menyifatkan insiden tersebut sebagai pengalaman yang amat mengecewakan dan mengganggu emosinya.
Pada mulanya, wanita itu memaklumkan bahawa dia telah membeli mee ladu udang dari sebuah gerai di kedai kopi di Serangoon North Avenue.
Namun sebaik tiba di rumah dan membuka bungkusan pesanannya, dia terkejut apabila mendapati makanan yang diterima bukan ladu udang seperti diminta, sebaliknya kaki ayam.
“Jadi saya kembali kepadanya untuk meminta dia menukarkannya kepada ladu udang,” cerita Stomper.
“Dia cakap okey dan tanya saya, cili atau tak ada cili? Saya pun menggelengkan kepala dan mengoyangkan jari saya, tidak, tidak, beberapa kali.,” katanya seperti dipetik Stomp.
Carol mendakwa penjual tersebut melemparkan makanannya ke atas meja dengan kuat sekali dan apabila tiba semula di rumah, ladu dipesannya ada cili.
“Saya membuka makanan, makan ladu dan melihat semuanya ada cili di dalamnya. Pedasnya!” kata Carol.
“Saya sangat marah. Saya naik bas balik cari dia dan tanya dia kenapa dia buat saya macam tu!” kongsinya.
Namun setibanya di gerai tersebut, dia hampa apabila mendapati premis itu sudah pun ditutup dan penjual mi tiada lagi di situ.
Tidak berputus asa, dia sempat bertanya kepada seorang mak cik di gerai minuman berhampiran, yang memaklumkan bahawa peniaga tersebut sudah pulang lebih awal.
Carol kemudian pergi le Pos Polis Kejiranan Serangoon North di Serangoon North Avenue 1 untuk mendapatkan bantuan dan berkongsi gambar kad kes polis.
“Ini kali pertama dan terakhir saya membeli dari gerai ini! Sangat kecewa! Saya hilang selera dan tidak makan apa-apa.
“Makanan itu bukan percuma. Saya membayarnya dan mendapat pengalaman buruk ini!” kongsinya.
Baca juga: Lama menghilang, warganet terkejut tengok keadaan terkini pelakon Diari Ramadan Rafique