Presiden Ireland cadang kerja sekolah dimansuhkan, warganet takut pelajar semakin malas

Oleh KIM SYAZIE

Pelajar sekolah kini terbeban dengan kerja sekolah yang bertimbun daripada pelbagai subjek yang dipelajari di sekolah.

Presiden Ireland, Michael D. Higgins mencadangkan kerja sekolah dimansuhkan agar kanak-kanak boleh terdedah dengan proses kreatif lain.

Bagi Higgins, masa di sekolah dan rumah adalah pengalaman pendidikan, jadi kerja sekolah seharusnya selesai di sekolah dan tak dibawa pulang.

“Bagi saya, masa di rumah dan masa di sekolah adalah pengalaman pendidikan dan ia harus diselesaikan di sekolah.

“Orang ramai juga harus dapat menggunakan masa lapang mereka untuk perkara kreatif yang lain,” kata Higgins ketika ditemubual empat kanak-kanak.

Walaupun masih tidak jelas sama ada Higgins telah memulakan sebarang kertas kerja rasmi untuk mengharamkan kerja rumah, yang ironisnya akan menjadi kerja rumah baginya, sentimennya bergema dengan ramai peminatnya lapor Romper.

Baca Artikel Penuh