PRN : BN belum buat keputusan mahu kerjasama dengan siapa

Oleh MALAYSIADATELINE

Barisan Nasional (BN) belum membuat keputusan mengenai kerjasama politik dengan mana-mana parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri.

Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan berkata BN masih dalam peringkat menyusun dan melihat strategi yang terbaik bagi menghadapi pilihan raya itu nanti.

“BN akan membuat persiapan jentera dulu, bagaimana cara untuk menghadapi pilihan raya nanti, siapa sekutu kita belum ditentukan.

Saya belum dapat menjangkakan strategi yang bagaimana perlu dibuat dengan siapa kita mahu berganding bahu… itu belum cerita lagi mengenai pembahagian kerusi, banyak,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Graduasi Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Puteri di sini hari ini.

Mohamad yang merupakan Pengarah Pilihan Raya BN berkata beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama yang ada di peringkat kerajaan pusat termasuk bersama Pakatan Harapan (PH) diteruskan untuk menghadapi PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Kedah itu.

“Kemungkinan besar ada, apa pilihan yang kita (BN) ada, dalam keadaan begini, tidak banyak piihan, pilihan yang ada terhad, (BN) mesti melihat pilihan mana yang terbaik,” katanya.

Baca Artikel Penuh