Pulang selepas 10 tahun kerja di Malaysia, warga Indonesia ini sebak lihat realiti kesusahan di negaranya

Oleh KIM SYAZIE

Seorang warga Indonesia yang bekerja di Malaysia meluahkan rasa sedih yang menyelubungi dirinya saat pulang ke tanah air dan melihat realiti kehidupan sebahagian masyarakat di sana yang masih bergelut untuk meneruskan hidup.

Individu itu berkata, dia sudah 10 tahun bekerja di Malaysia dan kini kembali semula untuk menetap di Jakarta.

Dia benar-benar menyedari betapa dhaifnya kehidupan sebahagian warga kota di Indonesia yang terpaksa berjuang keras demi kelangsungan hidup.

Antara perkara yang paling menyentuh hatinya selepas pulang ke tanah air ialah melihat bagaimana keluarga di sana perlu berhimpit di atas sebuah motosikal bersama anak-anak kecil yang ramai kerana itulah satu-satunya kenderaan yang mereka miliki.

Suasana itu, katanya, jarang dilihat di Malaysia walaupun keadaan sedemikian wujud di beberapa tempat.

Dia kagum bagaimana rakyat Malaysia sangat diberi perhatian oleh kerajaan sehinggakan peniaga di tepi jalan tidak terlihat begitu susah sebagaimana peniaga jalanan di Indonesia.

Perkara itu turut diakui sebahagian pengikutnya yang berasal dari Malaysia. Mereka berkata, ketika berkunjung ke Indonesia, mereka turut terkejut melihat suasana para peniaga terutama golongan warga tua yang masih menolak gerabak di jalanan untuk mencari rezeki.

Baca juga: Tular video suami luah rasa kecewa, isteri dicekup khalwat di siang Ramadan dengan lelaki lain