Pulih ekonomi: Hentikan kontrak tanpa tender, rasuah – Anwar

Oleh ARIF ATAN

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa urus tadbir yang baik boleh memulihkan ekonomi negara yang digambarkan dalam keadaan hambar pada saat ini.

Calon Parlimen Tambun itu berkata, pentadbiran PH dapat menghentikan amalan kontrak tanpa tender dan kecurian wang yang sepatutnya bagi membantu rakyat susah.

Beliau berkata, apa yang lebih penting usaha berterusan pembasmian rasuah dapat dilaksanakan dalam menyelamatkan ekonomi negara.

“Bukanlah saya pandai benar, tapi lapan tahun saya jadi menteri kewangan ringgit kukuh.

“Belanjawan bukan defisit, belanjawan ada lebihan, dan belanjawan seimbang,” katanya lagi.

Anwar berkata demikian ketika berucap pada program Santai Bersama Anak Muda di Bukit Beruang di Melaka.

Baca Artikel Penuh