Rakyat turun ke jalan buat pelekat garisan, elak PPV bersesak lagi

Oleh KIM SYAZIE

Susulan tular video memaparkan berpuluh-puluh warga asing yang beratur secara ‘rapat’ di luar perkarangan Rumah Prihatin Kuala Lumpur semalam, sekumpulan individu mula menggerakkan inisiatif membuat pelekat garisan di sekitar kawasan pejalan kaki.

Usaha itu dilakukan selepas tiada tindakan susulan dari pihak berkuasa untuk menangani keadaan sesak yang berlaku semalam.

“Digemparkan berita tentang orang ‘walk in’ PPV tak jaga SOP. Minta tolong polis tapi polis lebih ‘concern’ motor atas garisan kuning. Jadi tak buang masa, sebab melibatkan nyawa manusia, bos turun padang untuk buat SOP. Kalau atasan tak boleh selesaikan, rakyat boleh selesaikan,” tulis salah seorang pengguna, @omarfaayiz.

Dia juga meluahkan rasa kesal ekoran tindakan kerajaan yang didakwa tidak merancang dengan baik sehingga menyebabkan kejadian semalam tercetus memperlihatkan warga asing bersesak sesak tanpa penjarakan fizikal.

“Bos dah buat garisan dekat bangunan vaksin untuk penjarakan fizikal. Kalau kerajaan tak boleh buat, rakyat boleh buat. Bangga betul dengan bos. Esok semua boleh jaga SOP.

“Bayangkan eh, tape semua segala benda beli sendiri. Dah tahu nak jadi pusat vaksin tapi tak fikir ‘crowded’ semua. Akhirnya rakyat juga kena buat semua. Ingat eh semua bagaimana rakyat tolong rakyat, jangan lupa,” ciapnya.

Baca Artikel Penuh