Ramai doktor kontrak terima emel tawaran tetap, susulan pengumuman PM Anwar

Oleh KIM SYAZIE

Doktor-doktor kontrak dikatakan telah menerima emel tawaran penjawatan tetap susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkenaan pemerkasaan sektor kesihatan awam.

Perkembangan itu dikongsi kumpulan aktivis Hartal Doktor Kontrak menerusi satu hantaran di Facebook yang menyebut bahawa ramai petugas kesihatan di bawah skim kontrak sudah mula menerima makluman rasmi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mendapat perkhabaran ramai doktor-doktor kontrak telah mendapat emel tawaran penjawatan tetap selepas pengumuman PMX DS Anwar Ibrahim hari ini. Laju #MADANIBekerja,” maklum kumpulan doktor itu.

Kumpulan itu turut menzahirkan harapan agar lebih ramai pegawai kesihatan lain berstatus kontrak turut menerima tawaran tetap dalam masa terdekat.

“Harapnya pekerja-pekerja kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia berstatus kontrak yang lain juga akan mendapat tawaran tetap dalam masa terdekat,” tambah mereka.

Terdahulu, Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan mempercepatkan pengisian 4,352 kekosongan jawatan di fasiliti kesihatan dalam tahun ini, termasuk jawatan kontrak bagi doktor

Usaha itu dilihat sebagai sebahagian daripada komitmen Kerajaan MADANI untuk menangani isu lama berkait status doktor kontrak yang telah berlarutan sejak beberapa tahun lalu.

Baca juga: Anwar buktikan, ia benar-benar kejutan, bukan gimik semata-mata