Ramai teruja Menu Rahmah dah ada di ‘Vending Machine’! Kerajaan jamin sewa 2 tahun ditanggung

Oleh KIM SYAZIE

Orang ramai selepas ini tidak perlu gusar lagi untuk menikmati hidangan sarapan pagi, makan tengah hari, dan makan malam dengan harga yang lebih murah.

Ini selepas program Menu Rahmah telah diperluas melalui mesin layan diri (vending machine) di mana ia merangkumi makanan dengan harga serendah RM2 bagi sarapan pagi, dan hidangan makan tengah hari dengan harga rahmah RM5.

Untuk info, program Menu Rahmah melalui mesin layan diri ini adalah bagi membolehkan golongan miskin tegar, miskin, dan B40 menjana pendapatan mereka sendiri sekurang-kurangnya RM2,000 sebulan.

Insiatif ini sebenarnya digerakkan sendiri oleh kementerian ekonomi di bawah Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR).

Apa yang menarik, kerajaan memberi jaminan akan menanggung sewa mesin dan tapak niaga selama dua tahun untuk peniaga-peniaga yang berminat.

Mesin layan diri pertama ini akan diletakkan di LRT Cempaka, dan akan diteruskan di seluruh negara dengan sasaran permulaan sebanyak 5,000 mesin layan diri.

Baca Artikel Penuh