Rani Kulup ditidurkan di hospital

Oleh ROSLAN ZAMAN

Aktivis masyarakat, Abdul Rani Kulup Abdullah ditidurkan di zon merah di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) pada petang Rabu.

Mejar (B) Razali Zakaria yang juga sahabatnya mohon orang ramai mendoakan kesihatan aktivitis itu menerusi saluran facebooknya sebentar tadi.

“Angkatlah kesakitannya, permudahkanlah segala urusan rawatannya dan kembalikanlah kekuatannya seperti sediakala. Amin,” katanya.

Rani Kulup dalam hantarannya di Facebook sebelum ini memaklumkan kurang sihat sejak beberapa hari lalu dan memohon orang ramai mendoakan kesihatannya.

“Mohon semua peminat doakan kesihatan ayah (sebab) beberapa hari ini tak berapa sihat. Walaupun tak berapa sihat, ayah tetap buat kerja,” katanya