Rani Mukerji terpaksa diusung ke kereta, ‘beku’ bila berlakon dengan Shah Rukh Khah

Oleh WAN SITI AMINAH

Pelakon Bollywood terkenal, Rani Mukerji kembali menjadi topik perbincangan hangat selepas membuat pendedahan mengejutkan, baru-baru ini.

Berkongsi pengalaman yang tidak dapat dilupakan ketika menjalani penggambaran, Rani mengaku pernah diusung ke kereta kerana sudah tidak mampu bergerak sendiri.

Ketika kejadian, pelakon berusia 45 tahun itu sedang melakukan penggambaran bagi satu babak dalam filem Kabhi Alvida Naa Kehna bersama heronya, Shah Rukh Khan.

Dalam babak tersebut, Rani yang melakukan segerak suara (miming) bersama Shah Rukh Khan bagi lagu Tumhi Dekho Naa itu hanya memakai sari nipis bewarna merah.

Terpaksa menahan kesejukkan ketika sedang belakon, pelakon kelahiran Mumbai itu bagaimanapun terpaksa diusung selepas selesai penggambaran, lapor Etvbharat.

“Saya memakai sari merah ketika mempersembahkan lagu tersebut. Sebenarnya waktu itu, badan saya sudah ‘membeku’. Saya langsung tidak boleh berjalan.

Baca Artikel Penuh