Rasa bersalah lepas curi RM7.4 juta dari mesin ATM, lelaki ini serah diri pada pihak berkuasa

Oleh NASUHA RAHMAN

Rasa bersalah menyelubungi diri selepas mencuri RM7.4 juta (AS$1.6 juta) daripada mesin pengeluaran wang automatik (ATM) lelaki ini menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Lelaki terbabit menjadi ketagih mencuri wang selepas menyedari terdapat kelemahan sistem dari mesin ATM itu.

Di mana ia bermula selepas Dan Saunders yang tinggal di Wangaratta, sebuah bandar di Melbourne hendak memeriksa baki akaun miliknya dan tertera mesej di ATM yang memaklumkan ‘baki maklumat tidak tersedia’.

Saunders kemudian memindahkan 200 dolar Australia (RM596) dari kad kredit ke akaun simpanannya.

Namun, maklumat di skrin ATM menyatakan ‘pemindahan tidak berjaya’ dilakukan.

Lelaki itu tidak berputus asa dan tetap berusaha mengeluarkan wangnya dari akaun tersebut.

Baca Artikel Penuh